Monday 22 August 2011

tempahan kuih talam

Assalamualaikum.

Berikut merupakan kuih talam.


Seri Muka.
Kuih tradisi Malaysia.
Kuih ini berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). 
Lapisan bawah kulit ini diperbuat dari pulut. 
Manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan serta perasa pandan.
Paling digemari oleh pelanggan saya :)


Kuih Lapis Tepung.
Ada orang panggil kuih rumah flat =D
Lapisan merah putih yang sedap.


Talam Suji.
Dibuat daripada tepung suji.
Antara yang sangat laku dijual.


Talan Sagu.
Ada yang panggil Talam Tokyo.
Bawahnya adalah sagu + kelapa + so'on.
Kuih ini digemari oleh mereka yang tidak boleh makan pulut. 
Kerana rasanya yang hampir sama dengan Seri Muka.
Kuih ini sangat lembut dan sangat sedap!


Lapis Kacang Hijau.
Lapisan kuning dan hijau.
Dibuat daripada tepung kacang hijau.


Talam Gula Merah.
Bahagian bawah dibuat daripada gula merah.


Talam Jagung.
Bahagian bawah dibuat daripada jagung.
Rasanya manis jagung.
Sangat digemari.


Talam Pandan.
Bahagian bawah dibuat daripada pandan.
Rasanya macam tepung pelita.
Sangat digemari sebab kuih ni sangat lembut.


Talam Keladi.
Bahagian bawahnya terdapat ketulan-ketulan keladi yang dimasak.
Kuih ini lembut dan sangat digemari.


Talam ABC.
Bahagian bawahnya terdapat cincau, cendol, jagung, kacang merah.
Rasanya seperti bubur assyura.
Sangat sedap.


Koleh Kacang.
Dibuat daripada tepung kacang hijau dan ditabur dengan taik minyak.
Kuih ini sangat digemari dan selalu ditempah.

Harga satu loyang, RM25, 64 pieces. Boleh dipotong lebih kecil tetapi tergantung kepada jenis kuih. Kalau berminat, call atau sms saja ya! :)

No comments:

Post a Comment